07:49 0

Jihan Musa Umum Berbadan Dua

Jihan Musa Umum Berbadan Dua


Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan pelawak, Nuur Jihan Muse mengumumkan yang dia kini sedang hamil empat bulan secara rasmi.

Dia turut mendedahkan berita gembira tersebut secara eksklusif di rancangan MeleTOP sebentar tadi.

Kebetulan Jihan menggantikan Neelofa sebagai pengacara MeleTOP pada minggu ini kerana Neelofa masih belum pulang ke Malaysia.

"Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah,  semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja," 

"Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung.

"Kepada yang berteka teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu," 


03:36 0

Respon Balas Kakak Joy Revfa

Respon Balas Kakak Joy Revfa 


Kisah mengenai Joy Revfa dan juga Hafiz Hamidun semakin tegang apabila gosip yang melibatkan status dari kakak Joy yang dikatakan ditujukan pada Hafiz telah membuat pihak Nitizen sibuk untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

Apabila status yang dimuat naik oleh Dyna Sofia telah viral, Joy pula tampil memberikan kenyataan dilaman sosialnya agar tidak mengeruhkan lagi keadaan diantara Hafiz dan juga dirinya.

Rata-rata komen nitizen dilaman Instagram Joy Revfa menyalahkan Dyna Sofia ikutan status yang dimuat naik di laman facebooknya.

Dyan Sofia juga memberikan respon balas terhadap tomahan yang dilemparkan oleh nitizen terhadap dirinya.





Diharap tiada semoga hubungan mereka kembali seperti sedia kala. 



01:44 0

Joy Revfa Tampil Beri Kenyataan

Joy Revfa Tampil Beri Kenyataan


Desas desus isu rumah tangga Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa yang kini goyah hangat diperkatakan di media sosial apabila kedua-dua pihak bertindak memadam gambar pasangan masing-masing di laman Instargam.

Pelbagai reaksi tercetus dan bermain di kalangan nitizen yang mendakwa hubungan mereka kini gian goya, ditambah pula isu apabila Diana iaitu kakak kepada Joy Revfa telah memuat naik satu status yang berkemungkinan di tuju pada Hafiz.

Terkini, Joy Revfa pula telah tampil memberikan kenyataan dilaman sosial Instargam. Ini adalah status tersebut:-

Mohon tak perlu dgr mana2 pihak walaupun keluarga, kawan2 & bekas suami berniat utk lindungi & mempertahankan saya.. Saya mohon sekali lagi tak perlu lg ada yang tulis atau dengar anggapan negatif apa2 tentang dia mahupun saya.. 

Kerana kuatir lebih mengeruhkan lagi keadaan. Biar lah saja kami umumkan kenyataan rasmi masing2 nanti tentang kami berdua.. kami ingin ianya berlalu dengan apa adanya & tanpa bersengketa.. Harap semua dapat memahami & bawa bertenang.. Biarkan kami menjalani hidup dengan tenang & fokus dgn kerjaya masing2.
.

Apa yg terjadi biarlah saya & dia saja yg tahu.. Sesungguhnya semua yg terjadi ini adalah ketentuan Allah swt.. Saya hanya mampu bertawakal & berdoa semoga semuanya dipermudahkan.. kita hanya mampu merancang namun semua nya Allah swt yg tentukan.. Let it be & trust the process.

Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa telah bernikah pada Mei 2017 yang lalu. Sama-sama kita tunggu kenyataan daripada Hafiz pula.
02:11 0

Sajat Dan Keluarga Akan Menunaikan Ibadah Umrah

Sajat Dan Keluarga Akan Menunaikan Ibadah Umrah


Sebut saja nama Sajat sudah pasti satu Malaysia sudah kenal dengan usahawan kosmetik yang popular dengan tagline Let's Cantik, Jangan Mengata.

Terbaru, Sajat memuat naik status di laman sosial Instargamnya bahwa dia sekeluarga akan pergi menunaikan ibadah Umrah pada bulan Disember ini.

Menurut statusnya itu ialah:-

Alhamduillah....bulan 12 ini kami sekeluarga akan pergi ke umrah... doa yang terbaik,sekian lama menunggu untuk urusan ini..

bukan kerana sajat tak nak pergi awal@melewatkan hal baik ini,disebabkan mak ayah sajat bankrup C,so sajat sebagai anak kena settle hal itu terlebih dahulu...

Doakan yang baik untuk kami sekeluarga...amin




06:30 0

Elizabeth Tan Menceritakan Detik Mengalami Kemurungan Teruk

Elizabeth Tan Menceritakan Detik Mengalami Kemurungan Teruk


Elizabeth Tan yang turut mesra dipanggil  Lizzy menceritakan tentang  sepanjang tempoh mengalami kemurungan dia mengakui pernah terlintas di fikirannya untuk mengambil nyawanya sendiri kerana berasa terlalu tertekan.

Dia yang turut berkata :-

"Saya pernah duduk selama enam jam untuk mengenang semua kesilapan dan kelemahan diri yang saya tulis dalam buku dan keadaan kemurungan saya sangat teruk sehingga pernah terlintas untuk mengambil nyawa sendiri.

"Bagaimanapun ketika itu saya tersedar untuk mendapatkan bantuan dan bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan banyak memberi semangat untuk saya berhadapan dengan masalah dan terus memajukan diri.

"Mujur saya bukanlah seorang yang mudah membuat keputusan kerana emosi dan mula bersikap positif terhadap kehidupan dan memandang ke hadapan,"

"Hubungan kami pernah renggang kerana terlalu ikutkan hati tetapi dia tetap menerima saya dengan hati terbuka sehingga sanggup menjaga saya dan dia seorang wanita yang hebat," 

Turut mrnjelaskan , dia terbuka mengenai isu kemurungan dihidapinya kerana merasakan ia perkara serius dan bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan.