02:09 0

Hanez Suraya Putuskan Hubungan Dengan Romie

Hanez Suraya Putuskan Hubungan Dengan Romie

Akhirnya Hanez Suraya telahpun mengorbankan hubungannya dengan kekasih hati Romie. Ramai yang terkejut dengan keputusan ini dan ada juga dah menjangka perkara ini akan berlaku.

Ini kata-kata Hanez Suraya di MetroAhad:
Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.

Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.

Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.

Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus.

Sebelum ini Liyana Manan, isteri Romie telah menarik balik permohonan fasakh dan ini membolehkan Liyana Manan membuat tuntutan saman kepada Hanez Suraya atas dakwaan mengganggu hubungan suami orang.

Adakah ini puncanya Hanez Suraya mengundurkan diri dan putus hubungan dengan Romie? Jeng jeng jeng..


0 comments:

Post a Comment