02:59 0

Tuntut Cerai Dan Berpisah, Jom Dengar Kenyataan Erma Fatima

Tuntut Cerai Dan Berpisah, Jom Dengar Kenyataan Erma Fatima 


Dari akhbar Berita Harian, pengarah Erma Fatima memberi komen tentang isu bahawa di dan suaminya, Bade kini sudah berpisah.

Pengarah popular yang baru meraih kejayaan melalui drama Spain Uolls telah menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya selepas dikatakan sudah nekad memfailkan perceraiannya di mahkamah baru baru ini.

Ini kata Erma Fatima:
“Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi,“

“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya,“

Semoga Erma Fatima tabah hadapi dugaan namun ajal maut dan jodoh adalah ketentuan Illahi. Manusia hanya mampu berusaha.


0 comments:

Post a Comment