06:38 0

Julia Perez Bertarung Nyawa Disahkan Menghidap Kanser Serviks Tahap 2

Julia Perez Disahkan Menghidap Kanser Serviks Tahap 2


Pelakon penuh kontroversi Indonesia, Julia Perez atau Jupe telah mengesahkan dirinya bertarung nyawa setelah didiagnos kanser serviks tahap kedua.

Pengumuman mengejutkan itu dilakukan oleh Jupe ketika majlis pelancaran bukunya, Jupe: My Uncut Story di Kemang, Jakarta Selatan.

Kanser serviks tahap 2 telah didiagnos di sebuah hospital Singapura.

Ini komen dari Jupe:
"Saya perlukan ketahanan dan ketabahan mental untuk membuat pengumuman ini."

Namun Julia Perez menangguhkan untuk menjalani rawatan sesi rawatan kemoterapi kerana busy terikat dengan pelbagai komitmen.

Kalau ikutkan prognosis untuk kanser serviks tahap 2 ini masih boleh pulih namun ianya bergantung kepada usaha, doa dan tawakal.

0 comments:

Post a Comment