03:59 0

Chef Riz Pinang Kakak Emma Maembong, Shikin Esok

Chef Riz Pinang Kakak Emma Maembong, Shikin Esok


Chef Riz, anak Chef Wan akhirnya akui secara terbuka untuk menikahi kakak Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang dijadualkan pada Disember ini.

Mohd Nadzri Redzuwan (nama sebenar) berumur 32 memberitahu akan meminang Shikin Maembong esok hari yang dihadiri bapanya Chef Wan dan neneknya (ibu Chef Wan).

Ini komen Chef Riz: via mStar

"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,"

"Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

"Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai,"

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," 


Pasangan ini sudah bercinta hampir 2 tahun dan sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dan bercerai dengan pelakon Ana Dahlia.

0 comments:

Post a Comment