06:36 0

ISU PANAS: Bung Moktar Hentam, Suruh Tutup ASTRO

ISU PANAS: Bung Moktar Hentam, Suruh Tutup ASTRO 


Memang panas betul perbincngan isu semasa yang di mulakan dengan lantang oleh Bung Moktar tentang keburukkan Astro.

Berdasarkan perjanjian, ASTRO tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka di bawa kemahkamah,”

Itulah ayat pedas tapi bernas dari Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin mendakwa pihak ASTRO menipu kerajaan dan rakyat. Ini kerana Astro mendapat keuntungan melalui penyiaran iklan walaupun Astro dah kena bayar setiap bulan.

Katanya, ASTRO mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu. Bung mahu tindakan tegas di ambil.

Tutup sahaja ASTRO ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan),” tegasnya.

Bung sebelum itu mengecam syarikat berkenaan kerana menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang mencelah mencadangkan kerajaan membuat kajian membenarkan penggunaan TV Digital kerana mutu siarannya lebih baik.

Beberapa ahli parlimen pembangkang turut bangun meminta kerajaan membenarkan penggunaan parabola supaya rakyar boleh menikmati lebih banyak siaran.

Ini jawapan tentang ASTRO dari Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari:

- Iklan yang disiarkan hanyalah 10 minit bagi setiap sejam dan iklan adalah satu yang universal bagi sesebuah stesen televisyen berbayar.
 

- ASTRO hanya menaikkan harga tahun ini selepas memperkenalkan empat saluran baru dan berdefinasi tinggi (HD).

-Berhubung dakwaan ASTRO mahal, jelas Jailani pelbagai pakej yang ditawarkan oleh ASTRO untuk membolehkan setiap golongan mampu memilikinya. Ada yang murah dan ada yang mahal.

-Ada juga pakej Njoi yang hanya memerlukan bayaran RM200 sekali sahaja.

-ASTRO memiliki hak eksklusif sehingga 28 Februari 2017 


0 comments:

Post a Comment