06:20 0

Juliana Evans Dan Emma Maembong Bergaduh

Juliana Evans Dan Emma Maembong Bergaduh 


Juliana Evans Dan Emma Maembong Bergaduh Di Los Angeles pada awal tahun ini. Itulah yang dilaporkan di beberapa media.

Juliana Evans kini di Malaysia untuk menjalani pengambaran filem dan drama. Dikesempatan itu pihdak media hiburan ada menemui Jue Evans untuk bertanya hal tersebut.

Ini kata Juliana Evans:

“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar”

“Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa,”

Juliana Evans juga memohon pihak supaya tidak mengungkit kisah lama dengan Zizan Razak kerana sebelum ini pun mereka hanya kenalan rapat dan tidak pernah declare bercinta.


“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,”


0 comments:

Post a Comment