06:46 0

KISAH SEBENAR Empat Budak Merayau TERBONGKAR

KISAH SEBENAR Empat Budak Merayau TERBONGKAR



Kecoh akhir-akhir ni tentang kes 4 budak yang dijumpai merayau-rayau. Kejadian ini berlaku di Sibu hingga mencetus kemarahan orang ramai hingga menjadi viral di laman sosial gara-gara didakwa dihalau oleh ibu bapa angkat mereka. Dikatakan mereka berempat dibekalkan RM70 untuk kanak-kanak tersebut meneruskan hidup.

Kejadian yang berlaku Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila ibu angkat kanak-kanak tersebut membuat laporan polis Ahad lalu berkenaan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.


Ini kisah sebenar yang berlaku (dari laporan ibu angkat kanak-kanak itu):

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.

Menurut laporan ibu angkat tersebut, ketika kejadian itu, wanita tersebut keluar sementara anak-anak angkatnya ditinggalkan di rumah, namun sebaik pulang beliau mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji telah dipecahkan.

Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, kesemua anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga.

Ibu angkat tersebut turut memberitahu pihak polis yang tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.


Namun ada juga yang tidak berpuashati dengan cerita dari ibu angkat kanak-kanak itu. Antara persoalannya ialah kenapa tinggalkan anak kecil (yang paling tua pun baru 7 tahun) sendirian di rumah. Amat bahaya!!!

Yang kedua bagaimana anak-anak kecil ini mampu pecahkan mangga? Apatah jika dikunci dari luar. Susah rasanya ingin pecahkan. Hanya tuhan yang mengetahuinya. Ramai yang menggesa menyiasat keluarga angkat tersebut.

laporan asal :MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment