04:46 0

Luahan Hati Isteri Ezad Exist Di Perkarangan Mahkamah Buat Ramai Sayu

Luahan Hati Isteri Ezad Exist Di Perkarangan Mahkamah Buat Ramai Sayu


" I LOVE YOU SO MUCH" dan "TAKE CARE B" itulah antara ungkapan dari Nor Azeana Ramli selepas melihat kelibat suaminya Ezad Exist tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Selayang untuk didakwa kerana memiliki syabu 0.30 gram.

Suasana tersebut telah menyebabkan suasana yang hiba di perkarangan mahkamah tersebut. Nor Azeana sebelum itu sudah menunggu lebih dari satu jam untuk melihat suami tercintanya itu.

Inilah contoh isteri yang setia walaupun suami diuji dan memunyai masalah. Suami tetap disayangi dan disayangi. Sedih dan hiba melihat sokongan si isteri kepada suaminya ini.

Ezad Exist mengaku tidak bersalah memiliki syabu tersebut dan meminta untuk dibicarakan.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dad@h Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

0 comments:

Post a Comment