04:38 0

Pelajar Rafikin Yang Hilang Ketika Maraton Ditemui Meninggal Dunia

Pelajar Rafikin Yang Hilang Ketika Maraton Ditemui Meninggal Dunia


Adik Rafikin yang merupakan seorang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmudtelah ditemui meninggal dunia setelah 2 hari hilang.

Pelajar ini hilang setelah menyertai maraton di Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan disedari hilang apabila tidak tiba di garisan penamat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ahmad Rafikin Azman berakhir dengan penemuan mayatnya pada jam 6.35 petang tadi.

Operasi mencari dan menyelamat adik Rafikin:
HARI PERTAMA: 130 anggota pasukan penyelamat namun tidak membuahkan hasil.

HARI KEDUA:  tambahan 35 anggota tentera dari Kem Rejimen Askar Melayu Diraja. Kawasan pencarian diluaskan sehingga jarak satu kilometer dari laluan asal adik Rafikin dilaporkan hilang.

Operasi pencarian yang membabitkan kawasan darat dan juga persisiran sungai berakhir setelah mayat adik Rafikin ditemui di kawasan pokok.

Hasila siasatan awal forensik keadaan mayat adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Suasana sayu kepada ahli keluarga mangsa yang tidak dapat menahan sebak dan kesedihan sebaik sahaja pasukan pencari membawa jenazah.




0 comments:

Post a Comment