05:43 0

PENDEDAHAN PANAS!! Pembuli Singlet Hitam Dah Dikenalpasti

PENDEDAHAN PANAS!! Pembuli Singlet Hitam Dah Dikenalpasti


Memang panas hati dengan budak singlet hitam yang memukul junior di dalam sebuah video kes buli.

Dalam kisah terkini, Datin Asmawati Ahmad wakil dari balai polis Bukit Aman berkata kejadian buli pelajar bersinglet hitam telahpun dikenalpasti.

Video kes pukul yang menjadi viral itu adalah merupakan kejadian lama yang barlaku di Pontian, Johor sekitar tahun 2010.

Ini pendedahan darinya:

"Hasil semakan pihak sekolah, pelajar tersebut telah lama di buang sekolah iaitu pada ogos 2011 kerana masalah disiplin.

"Beberapa suspek lain dan mangsa sudah dikenal pasti. Bagaimanapun pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada mangsa ataupun keluarga dan pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak tentang kejadian ini."


Penyebaran viral video ini menyebabkan orang ramai marah dan tidak berpuashati terutama pelajar bersinglet hitam yang amat over dan melampau.

Ramai berharap pelajar pembuli ini ditangkap dan dihukum keras agar menjadi teladan kepada orang ramai dan para pelajar terutama kaki buli.

0 comments:

Post a Comment