17:30 0

"Anak Yang Lukai Bapa Adalah Anak Derhaka" Ayah Mengamuk Marah Chacha Maembong

"Anak Yang Lukai Bapa Adalah Anak Derhaka" Ayah Mengamuk Marah Chacha Maembong


Pergaduhan dan salah faham yang berlaku kepada keluarga pelakon Emma Maembong dan Chacha maembong kini diketahui umum.

 Ini semua bermula ketika pernikahan kakak Emma dan Chacha iaitu perkahwinan Yaya maembong dengan Wan Raja.

Ini sedikit  Kronologi Pergaduhan mereka:

Ini merupakan status dari Ismail Embong (MAEMBONG) Yang agak berang dan sedih tentang malam berinai dan juga anakny tinggal di flat.

“Tanpa pengetahuan sy mereka ( Yaya Maembong & Wan Raja) adakan 'Malam Berinai' 10Dec. Sy hanya tahu bila sy dtg ke Bukit Antarabangsa nak jengok Popo (akak Chacha) yg tinggal dirumah itu bersama Amad, Chacha. Diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar, cari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal dirumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif. Berderai perasaan si bapa ini, tp disembunyikan jua,”

Selepas itu, Chacha tampil seperti mempertahan kakaknya itu. Ini merupakan komen Chacha kepada portal Murai.

“Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit.

“Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.

“Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya,”


Nampaknya kenyataan dan artikel dari Murai.com itu membuatkan ayah kepada Chacha Maembong terguris perasaan dan  mengamuk malah tidak mengaku Chacha anaknya seperti anak derhaka.

Ini status dari Maembong:

"nampaknya tak sudah penulis upahan hendak rosakkan Maembong tua ni. Terbaru murai.com.my menemubual Chacha menafikan kata2 Maembong ori ini. Ok lah, sy bagi kemenangan pada mu.

Anak yg lukai bapa, bersekongkol dgn najis yg hendak malukan bapa pd umum, adalah ANAK DERHAKA. Ni Maembong ori takkan sujud pd apapun tekanan, hanya padaNya. Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA.

Nasi sudah jadi bubur, jgn tambah air lagi. Penulis upahan ini beragama monyet.
Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar !!! Pastinya bapa Miss J.

Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan.

Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil. Skrg penulis upahan jd kaya raya kerana kita nak tegakkan benang basah dalam keluarga sendiri.

Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik.

Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan.

Syabas Miss J. Kau Berjaya runtuhkan keluargaki". 

sumber: Murai.com 

0 comments:

Post a Comment