06:27 0

Pelakon Lelaki Drama Love You Mr Arrogant Terlibat Kemalangan Ngeri

Pelakon Drama Love You Mr Arrogant Terlibat Kemalangan Ngeri


Seorang pelakon lelaki popular telah terlibat dalam satu kemalangan yang agak ngeri dengan kereta berpusing dan terbalik di Seremban.

Pelakon lelaki yang popular melalui drama Love You Mr Arrogant ialah Syarul Ridzwan. Pelakon tersebut sedang dalam perjalanan pulang setelah selesai penggambaran Street Vendetta.

Syarul Ridzwan ketika itu dalam perjalanan dari Linggi ke Kuala Lumpur dan kereta Honda City miliknya tergelincir dan hilang kawalan akibat jalan raya yang licin. Kereta Syarul kemudian melanggar pembahagi jalan dan berpusing.

Ini kata Syarul Ridzwan:

“Jalan licin sebab baru lepas hujan. Saya hilang kawalan, terlanggar divider. Kereta berpusing dua kali. Saya tak pengsan, tak luka. Alhamdulillah, tak ada apa-apa,”

Syarul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim berumur 25 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang. Syarul mula terkenal setelah menyertai Hero Remaja. Syukur alhamdulillah Syarul Ridwan tidak mengalami sebarang kecederaan. Berhati-hati di jalan raya.


0 comments:

Post a Comment