04:29 0

TERKINI !! Lee Chong Wei Saman Razif Sidek

TERKINI !! Lee Chong Wei Saman Razif Sidek


Legenda badminton Lee Chong Wei dan Razif Sidek terlibat di dalam satu konflik yang agak mengejutkan dunia badminton dunia.

Bintang Malaysia, Lee Chong Wei mengesahkan telah mengahantar notis untuk menyaman salah seorang adik-beradik Sidek iaitu Razif Sidek.

Ini ekoran dakwaan Razif Sidek mengatakan Lee Chong Wei sudah lama terlibat di dalam skandal bahan terlarang namun tiada siapa yang berani menegurnya kerana status no 1 dunia.

Selain Razif Sidek, Lee Chong Wei juga menyaman akhbar berbahasa melayu yang menyiarkan artikel tersebut.

Ini kata Lee Chong Wei (mStar):

"Dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Anda tidak boleh sesuka hati berkata sesuatu hanya kerana saya terlibat dengan kes doping. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya,"

Bulan lalu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Lee Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan.

Lee Chong Wei gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF. jika bersalah, pemain badminton negara ini berdepan penggantungan selama dua tahun.

0 comments:

Post a Comment