05:52 0

4 Gambar Kemalangan Ngeri Melibatkan Pereka Fesyen Hatta Dolmat

4 Gambar Kemalangan Ngeri Melibatkan Pereka Fesyen Hatta Dolmat


Pereka fesyen popular, Hatta Dolmat telah terlibat di dalam kemalangan ngeri bulan lepas (Disember 2014). namun Hatta Dolmat telah merahsiakan hal ini agar tidak mengganggu urusan perniagaannya.

Yang penting keluarganya mengetahui dirinya selamat.

Kemalangan ngeri itu melibatkan 4 kereta. Kemalangan berlaku sekitar jam 7.30 malam di Sekyen 7, Shah Alam itu telah membabitkan kereta Kancil, BMW, Ford Ranger dan kereta milik Hatta Dolmat iaitu Volkswagen Beetle.

“Kemalangan telah berlaku pada 2 Disember dan dalam masa yang sama pelancaran koleksi terbaru saya akan diadakan pada 6 dan juga 7 Disember berikutnya.

“Jadi saya terpaksa merahsiakan hal kemalangan itu kerana saya tak mahu ianya akan memberi kesan kepada jualan perniagaan saya pada kedua-dua hari berkenaan kerana mungkin setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza.

“Saya mahu, segala hal berkaitan hari jualan itu berjalan lancar, memandangkan ramai yang telah menantikan kemunculan jualan hari itu.

“Apa yang penting, asalkan saya selamat dan tidak ada apa-apa yang parah, saya bersyukur. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan,” katanya yang hanya mengalami luka kecil.

“Kemalangan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan dalam masa dua saat semuanya berubah.
“Saya berasa sangat takut dan terkejut kerana ini adalah kali pertama saya berdepan dengan kemalangan besar membabitkan empat buah kereta.

“Selepas disiasat, kemalangan itu sebenarnya berpunca daripada kereta Kancil yang memberikan brek kecemasan  dan telah menyebabkan kereta BMW yang berada di belakangnya menghentam dan kemudiannya diikuti kereta lain termasuk kereta saya.

“Keadaan kereta saya sangat teruk terutama di bahagian hadapan termasuk enjin kereta. Tapi Alhamdulillah, saya selamat dan sangat bersyukur.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman dan rakan-rakan yang bersusah payah datang untuk menenangkan saya ketika hari kejadian,”





0 comments:

Post a Comment