16:33 0

Berhenti Sebar Gambar Saya

Berhenti Sebar Gambar Saya


FILIPINA: Satu kejadian telah berlaku di manila Filipina yang menjadi bualan orang ramai. Seorang Gabenor di negara itu telah terlibat dengan satu kes yang memalukan.

 “Jika saya melakukan kesilapan, itu kerana kelemahan saya sebagai manusia. Semoga anda faham,” kata Gabenor Camarines Norte, Edgardo Tallado.

Tallado bercakap demikian di depan kakitangan kerajaan tempatan dan penyokongnya selepas skandalnya terdedah, baru-baru ini.

Tallado berharap musuh politiknya dan juga orang ramai berhenti menyebarkan gambar dan video aksi hubungan terlarang dengan kekasih gelap menerusi Facebook kerana perbuatan itu tidak senonoh.

Ini katanya:

“Saya mahu memulihkan hubungan dengan keluarga dan isteri sambil meneruskan tugas sebagai gabenor,”

“Hari ini saya di sini berdepan dan bertentang mata dengan anda semua kerana saya yakin saya tidak menyalahgunakan wang rakyat,”

Skandalnya pada 22 Oktober lalu membuatkan isteri Tallado, Josefina, muncul di khalayak ramai selepas ‘ghaib’ hampir seminggu.

Kata Josefina, dia bersembunyi selepas mendapat ancaman daripada Tallado yang berang kerana gambar aksi curangnya tersebar di media sosial. Tallado pada mulanya menyalahkan dan menuduh isterinya itu yang merupakan dalang penyebaran gambar skandalnya.

Disebabkan terlalu marah, Josefina berkata, Tallado mengeluarkan pistolnya, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah.

sumber - Agensi/Metro

0 comments:

Post a Comment