05:25 0

JAWI Cari Remaja Peluk Artis KPOP, Boleh Didenda Dan Dipenjara

JAWI Cari Remaja Bertudung Peluk Artis KPOP, Boleh Didenda Dan Dipenjara 


Akhirnya setelah tersebar dan menjadi viral, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya kecewa dengan perbuatan melampau antara penyanyi K-Pop berkenaan dengan beberapa remaja beragama Islam yang bertudung.

Kelakuan remaja-remaja itu dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam selain mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ini komen pengarah Jawi: (mstar)

"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

"Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,"


Jawi akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.


0 comments:

Post a Comment