05:54 0

Kejam! Ayah Tanam Anak Perempuannya Hidup-hidup

Kejam! Ayah Tanam Anak Perempuannya Hidup-hidup


Melampau dan kejam betul! Hanya kerana tidak mahu anak perempuan, seorang bapa telah nekad menanam anak perempuannya hidup-hidup.Ini sama seperti perbuatan di zaman jahiliah dulu.

Kejadian berlakudi negara Indian, Abdul Hussein dikatakan cuba untuk menanam anak perempuannya, yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak logik dek akal iaitu "hanya kerana dia adalah seorang gadis".

Dari laporan pihak polis ada saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya apabila isterinya keluar.

Ayah tak guna ini kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.

Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada dan nasib baik, isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas ini.

Isterinya telah curiga apabila tiada kelibat anak perempuannya dan mula mempersoalkan di mana anak mereka.

Perbuatan hina Abdul Hussein mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang meilhat kejadian terbabit.

Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis.


0 comments:

Post a Comment