04:21 0

Anis, Kekasih Sharnaaz Komen Kes Shila Amzah

Anis, Kekasih Sharnaaz Komen Kes Shila Amzah

Kekasih Sharnaaz Ahmad, Anis telah ditanya tentang beberapa perkara mengenai hubungannya dengan Sharnaaz dan juga kenapa di memadam gambar Sharnaaz di laman Insta. Adakah Anis cemburu kerana kes Shila Amzah baru-baru ini.

Ini komen Anis: (mStar)

"Saya padam gambar-gambar tersebut bukan kerana cemburu Sharnaaz dengan bekas kekasih dia, bagi saya perkara itu sudah lama berlalu dan ia adalah masa lalu dia.

"Lagi pula Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja.

"Cuma ada perkara lain yang saya rasa tidak perlu berkongsi dengan peminat dan ianya terlalu peribadi antara saya dan Sharnaaz,"

"Saya tidak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki,"

Anis menjelaskan dia tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang hubungan dengan Sharnaaz kerana lebih manis kalau Sharnaaz sahaja yang bercerita.




0 comments:

Post a Comment