22:44 1

Gambar Sekitar Pengebumian Tok Guru Nik Aziz


Gambar Sekitar Pengebumian Tok Guru Nik Aziz

Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kelantan.

Jenazah Nik Aziz dikebumikan kira-kira  jam 10.55 pagi tadi disebelah kubur ayahnya.



Terdahulu jenazah Allahyarham yang juga Mursyidul Am PAS disolatkan di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi.

Suasana dilihat mendung sepanjang majlis pengebumian yang berlangsung lancar. Ustaz Azhar Idrus antara yang mengusung jenazah.

Ribuan masyarakat dari seluruh negara bersesak-sesak hadir memenuhi perkarangan rumahnya sejak malam tadi.
 
Turut hadir memberi perhormatan terakhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi negara serta penceramah agama seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don.

PM Najib hadir sekitar jam 930 pagi untuk melawat dan menziarahi jenazah dan keluarga.



























1 comments:

  1. Hentikan Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi !
    Nak tahu kenapa?, tengok gambar ini.
    >> Klik untuk lihat gambar << GAMBAR

    ReplyDelete