05:22 0

Pelajar Jururawat Dikecam Hebat, Kongsi Gambar Selfie Tak Patut Di Laman Sosial

Pelajar Jururawat Dikecam Hebat, Kongsi Gambar Selfie Tak Patut Di Laman Sosial

Seorang pelajar nurse,Gulnaz Yalalova telah dikecam hebat selepas berkongsi gambar selfie dengan organ limpa seorang remaja.

Organ limpa tersebut dimilik seorang remaja berusia 16 tahun itu dikatakan telah mengalami kecederaan yang agak teruk selepas terjun dari sebuah bangunan 8 tingkat dalam cubaan membunuh diri.

Gulnaz Yalalova bukan sahaja berkongsi gambar itu tetapi turut menggelar remaja perempuan itu sebagai "275lbs schizo" bersama rakan-rakanya.

Selepas berkongsi gambar itu, seorang rakan Yalalova bertanya: "Are you having fun there?"

Jawapan dari Yalalova menyebabkan ramai pihak terkejut iaitu dia menjawab: "We sure are."

Tindakan Yalalova ini mendapat kritikan hebat dan ramai mengharap pelajar nurse ini dibuang sahaja kerana tidak layak menjadi seorang nurse.



0 comments:

Post a Comment