07:09 0

Pendedahan Mengejutkan Bapa Syuhada, Mangsa Kelar Seorang Lelaki Kejam


Pendedahan Mengejutkan Bapa Syuhada, Mangsa Kelar Seorang Lelaki


Johari, bapa kepada Syuhada yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam akui pernah membuat laporan polis kerana anak gadisnya itu sering diganggu suspek sejak di tingkatan lima.

Malah dikatakan sebelum ini, lelaki itu pernah cuba menculik dan melarikan Nursyuhada dengan kereta tetapi berjaya ditemui semula.


Semalam Nursyuhada, seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar leher oleh seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.


Bapa mangsa, Johari Hashim mendedahkan suspek iaitu pemuda berkenaan, adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah dan kelakuannya yang ganas.

Ini pendedahan bapa Syuhada:

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya. 

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,"

Johari berkata, walaupun lelaki itu bekerja di Melaka, anaknya memberitahu suspek masih mengganggunya.

Suspek juga dikatakan pernah bertindak ganas dengan memceahkan pintu rumah di Taman Hosba sebelum ini.

Ini kata Johari, bapa Syuhada:

"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu. 

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,"

Bapa suspek sendiri memberitahu berita sedih kepada Johari tentang kejadian ganas itu. Bapa suspek tersebut ada menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari bahawa suspek sudah mengelar leher Nursyuhada.

Johari amat kesal kerana dikatakan suspek memberi alasan dan memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Kali terakhir Johari bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi -BERNAMA


0 comments:

Post a Comment