03:44 0

GAMBAR TERKINI Awal Ashaari Di Hospital Melaka


GAMBAR TERKINI Awal Ashaari Di Hospital Melaka



Awal Ashaari kini di hospital besar Melaka untuk menerima rawatan akibat kemalangan ngeri yang dialaminya.

Scha Al Yahya memberitahu Awal Ashaari sempat menghubunginya selepas kemalangan dan Awal Ashaari mengalami kecederaan.

Namun Scha tidak tahu tahap kecederaan dialami suaminya tetapi sudah dimaklumkan Awal sudah menjalani x-ray di Hospital Besar Melaka.

Ini komen Scha Al Yahya:

"Saya sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur ketika Awal menghubungi saya tadi. Pada mulanya saya buat macam biasa saja kerana tidak mahu membuatkan kru produksi lain turut panik, namun mereka faham dan memberi pelepasan untuk saya pergi melihat keadaan suami," 

Scha Al Yahya kini dalam perjalanan menemui suaminya Awal Ashaari di Melaka.

PERKEMBANGAN TERKINI: 

Awal Ashaari mengalami bengkak di bahagian mukanya selain belakangnya masih terasa sakit.

Rakannya, Izuan Mokhtar tidak mengalami kecederaan. Awal Ashaari akan ditransfer ke Kualan Lumpur untuk rawatan lanjut.







0 comments:

Post a Comment