08:37 0

Guru Agama Di Kedah Dihukum Gantung, Bersalah Menyebabkan Kematian Pelajar


Guru Agama Dihukum Gantung Didapati Bersalah Menyebabkan Kematian Pelajar


Di Alor Setar, Kedah seorang guru agama bernama Hanif juga warden asrama di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis dijatuhi hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh seorang pelajarnya yang berumur 7 tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee kira-kira empat tahun lepas pada 2011.



Guru agama, Hanif Mohd Ali kini berumur 31 tahun gagal dalam perbicaraan apabila dia didapati telah menyebabkan tekanan pada leher mangsa sehingga menyebabkan mangsa gagal bernafas.

Sewaktu kejadian, hanya tertuduh berada bersama-sama dengan mangsa yang pada masa kejadian hanya berumur tujuh tahun yang mana mangsa gagal bernafas menyebabkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak mangsa dan menyebabkan kecederaan terhadap organ mangsa.


Hanif yang ketika itu berusia 27 tahun juga telah memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan bertindak menampar serta menolak dada mangsa.


Hanif yang memakai kemeja-T putih, berseluar kelabu serta berkopiah dilihat melambaikan tangan sambil tersenyum kepada anggota keluarganya selepas  hukuman dijatuhkan.


0 comments:

Post a Comment