19:50 0

Punca Sebenar Kubur Almarhum Nik Aziz Dipasang Pagar Besi


Punca Sebenar Kubur Almarhum Nik Aziz Dipasang Pagar Besi


Kubur Allahyarham Nik Aziz telah dipasang dengan sangkar berwarna hijau. Ada pihak tertanya-tanya apa punca sehingga kubur terpaksa dipasang sangkar seperti itu.

Anak lelaki Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh memberitahu bahawa pagar hijau tersebut telah dibuat oleh penduduk kampung dan bekas anak murid Allahyarham Nik Aziz tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Ini komen Nik Abduh:

“Saya ingin menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami sekeluarga.

“Tujuannya baik iaitu untuk mengelak perbuatan bidaah yang jahil bertentangan ajaran Islam, seperti mengambil tanah untuk tujuan berkat yang hakikatnya adalah sesat,”

“Kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status sementara atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” 

Keluarga Nik Aziz akan mengekalkan kubur ayahnya itu dengan sunnah nabawiyah dengan batu nisan sahaja tanpa binaan lain.




0 comments:

Post a Comment