04:47 0

Ramona Zamzam Pilih Lelaki Palestin Sebagai Teman Hidup

Ramona Zamzam Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Palestin

Jika dulu pelakon jelita yang bernama Ramona Zamzam pernah dikaitkan dengan isu perampas kekasih hati seorang pelakon kacak sehingga menyebabkan pasangan tersebut tidak jadi bernikah, namum semua itu tidak benar.

Ini kerana Ramona sendiri telah mengumumkan yang beliau telah berjumpa dengan kekasih hati dan akan bernikah pada 15 Mei nanti dengan seorang jejaka yang berasal dari Palestin. Dia juga menjelaskan bahawa tiada majlis pertunangan yang akan dilakukan sebaliknya akan terus bernikah.

Apabila disentuh tentang persediaan dan persiapan perkahwinan Ramona berkata:-


“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang” 

“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja.

Apa yang penting, tarikhnya tetap sama” “Saya tidak akan mengadakan sebarang sidang media dan untuk majlis akad nikah, ia akan diadakan secara tertutup.

Sebab saya rasa, saya bukan popular tapi saya bersedia berkongsi hari bersejarah saya bersama media, andai ada media yang mahu membuat liputan untuk majlis itu nanti,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Ramona juga mendakwa bahawa dia sudah serik untuk memilih bercinta dengan jejaka tempatan. Apa-apa pun marilah kita berdoa agar Ramona dan pasangan dapat disatukan sebagai suami isteri pada 15 Mei ini.


0 comments:

Post a Comment