06:44 0

Salih Yaacob Bagi Pesanan Kepada Yang Mahu Poligami

Salih Yaacob Bagi Pesanan Kepada Yang Mahu Poligami



Pelawak dan juga deejay radio, Salih Yaacob akui bukan mudah mempunyai empat orang isteri. Bagi Salih poligami memerlukan kesungguhan dan keikhlasan.



Untuk pengetahuan, Salih Yaacob memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat 50 tahun, Norraha Hamat 46 tahun, Norfara Wahida Sulaiman 36 tahun, dan Samihah Sheikh Amy 29 tahun.

Salih Yaacob juga mempunyai 11 orang anak dan bakal menerima seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan dengan isteri keempat.


Ini pesanan Salih Yaacob:

"Bukan untuk suka-suka. Apabila kita memilih jalan ini (poligami), kita perlu ikhlas dan tahu tanggungjawab kita,"

"Perkara ini satu yang sangat besar, serba serbinya besar dan serius,"

"Tidak dinafikan akan ada hati yang terasa. Tetapi kita sebagai nakhoda perlu tahu membaca semua kemungkinan dan mencari penyelesaian terbaik.

"Bukan senang atau untuk suka-suka, kalau niat salah baik lupakan saja,"


Sekali lagi ingatan dari Salih Yaacob, jika benar mahu berpoligami, pastikan diri mampu zahir dan juga batin.

0 comments:

Post a Comment