20:01 0

Adik Farid Kamil Tampil Beri Komen Aksi Panas Kakak Iparnya, Diana Danielle

Adik Farid Kamil Tampil Beri Komen Aksi Panas Kakak Iparnya, Diana Danielle




Adik Farid Kamil yang juga suami Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari akhirnya tampil memberi kenyataan ekoran tersebarnya gambar yang agak "panas" oleh kakak ipar, Diana Danielle di majalah hiburan baru-baru ini.

Sebenarnya Fadzil Zahari merupakan pengurus kepada Diana Danielle. Ini komen Fadzil Zahari:

“Sebagai wakil Prokuya Studios, saya harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung. Kami berdiam diri bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan,” 

“Ketika fotografi, saya atau kakitangan lain tiada di lokasi. Jadi kami tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran. Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan kami terpaksa menunggu hingga situasi reda”

“Saya juga tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung. Pihak kami bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi,” - sumber: Bharian

Itulah kata-kata dari Fadzil yang memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan gambar-gambar "panas" itu.

Semoga selepas ini Diana Danielle dan pihak pengurusan lebih berhati-hati.

~Jom Bercuti Di Australia Murah (KLIK SINI)

~Hilangkan Parut Di Wajah Dengan Mudah (KLIK SINI)

0 comments:

Post a Comment