18:46 0

Aizat Amdan Tak Setuju Dan Bidas Ungkapan "Gemuk Is Awesome" Dari Abam Bocey

Aizat Amdan Tak Setuju Dan Bidas Ungkapan "Gemuk Is Awesome" Dari Abam Bocey



Penyanyi Aizat Amdan membidas kenyataan yang dipopularkan oleh Abam Bocey iaitu "Gemuk Is Awesome". Penyanyi ini menganggap ungkapan Abam itu merupakan satu kenyataan bersifat menipu diri sendiri.

~ Kerja Kosong, Apply Kerja DI SINI

Aizat Amdan sebelum ini berbadan besar dan seorang yang menghadapi masalah obesiti. Bagi Aizat tagline tersebut tidak wajar diungkapkan kerana boleh mendatangkan masalah besar kepada seseorang yang mempunyai masalah kegemukkan.

Ini komen Aizat: (mStar)

"Saya juga pernah mempunyai berat badan berlebihan suatu ketika dahulu dan ungkapan itu merupakan penipuan diri sendiri kerana setiap orang harus menggamalkan gaya hidup sihat.

"Ini merupakan mentaliti masyarakat Malaysia yang harus diubah kerana jika perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi masalah yang besar pada masa hadapan.

"Jadi tidak hairanlah Malaysia kini menjadi antara negara yang mempunyai ramai orang mengalami masalah obesiti," 

"Dulu saya pernah mempunyai berat badan 113 kilogram dan saya mengakui tidak senang untuk menurunkan berat badan menjadi ideal kerana senaman yang dilakukan bukanlah mudah seperti orang sangka.

"Sejujurnya, tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan ini jadi seseorang itu harus bekerja keras untuk mendapatkannya dan mereka perlu yakin dengan apa yang dilakukan," 

Aizat Amdan berusaha dengan gigih untuk kurus dan mendapat bentuk badan yang ideal demi kesihatannya dan juga penampilannya.

Cara Aizat Kurus (BACA SINI)

Dikatakan cara Aizat untuk kurus ialah bersenam dan jaga makan. Ambil masa berbulan untuk kurus. Nak Tahu lebih lanjut cara Aizat Kurus BACA SINI

0 comments:

Post a Comment