19:00 0

Amar Baharin Cedera Ditumbuk, Dikejar Ke Hospital


Amar Baharin Cedera Ditumbuk, Dikejar Ke Hospital



Amar Baharin ditumbuk dan tercedera di bahagian bahagian kening kerana ditumbuk seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran sebuah drama.


Ketika jalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga, Amar terkena tumbukan daripada salah seorang pelakon baru iaitu Redza Rosli dalam satu scene pergaduhan.

Ini komen Amar Baharin:

"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," 

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut,"

Amar Baharin mengambil ikhtibar dan pengajaran agar lebih berhati-hati selepas ini ketika berlakon.

sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment