06:46 0

Bawa-Bawalah Bertaubat - Abam


Bawa-Bawalah Bertaubat - Abam 



Abam amat kecewa dengan kes melibatkan perangai tak senonoh seorang pelawak popular tanah air yang di label kasanova dan kaki perempuan.


Jom Rawat Dan Hilangkan PARUT 
-Parut Luka -Parut Jerawat -Parut Lepas Bersalin
-Parut Selulit -Parut Chiken Pox
Jom Ketahui Cara Hilang PARUT --> (KLIK SINI)


Abam yang baru menang sebagai pelawak lelaki paling popular ABPBH 2014 menyifatkan perkara itu amat memalukan dan boleh mejatuhkan reputasi pelawak lain.

Abam juga memohon pelawak tersebut insaf dan bertaubat diatas perbuatannya.

Ini komen Abam:

Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai tidak bermoral.

Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.

Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit.

Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan. Bawa-bawa bertaubat.

Sebelum ini, Tauke Raja Lawak juga ada bersuara tentang hal ini. Tauke telah menafikan dirinya merupakan pelawak kasanova tersebut. Baca komen Tauke DI SINI

sumber: OhBulan

0 comments:

Post a Comment