05:47 0

"Biar Tak Tutup Aurat Dikepala Tapi..." - Tasha Shilla

Biar Tak Tutup Aurat Dikepala Tapi...


Tasha Shila nampaknya menyekolahkan para follwernya beberapa hari ini. Ini gara-gara Tasha Shila dikritik kerana membuka aurat dan mendedahkan anggota badannya seperti tidak cukup kain.

~IKLAN: Inginkan Kulit Cantik? (KLIK SINI)

Namun Tasha Shila tetap dengan pendiriannya seperti tidak mengapa untuk tak tutup aurat asalkan hati baik, statement itu pernah ditegur oleh para ulamak termasuk UAI.

"Apa yang diluar itu sebenarnya boleh memperlihatkan apa yang di dalam" kata Ustaz Dr Zaharuddin dalam satu ceramah.

Memang tak dinafikan ada juga yang memakai tudung tapi perangainya buruk dan sebaliknya namun mereka yang baik sudah pasti menutup aurat kerana menutup aurat itu PERINTAH Allah.

Ini komen Tasha Shila:

Bukan senang jadi diri yang dikenali ramai, lagi-lagi berstatus selebriti. Selalu dihukum oleh manusia yg bijak pandai didunia ni. Hakikatnya artis yang kamu puja selama ni manusia seperti kamu, ada hati dan perasan.

Kita suka sangat cari salah artis itu la artis ni la macam la kita ni baik sgt, tak tutup aurat masuk neraka, perempuan akhir zaman, begitu skali pemikiran kalian. Ianya akan buat kamu tak pernah bersyukur.

Nak sangat hati tu jadi macam artis. Jadi diri kita sendiri lebih bahagia, buka topeng kamu yg berlapis, malu sangat dosa dengan manusia. Padahal kita patut malu pada Sang Pencipta. Jangan pandang rendah sesama kita.

Sebab tu kurangkan bercakap banyakkan membaca penuhkan ilmu didada. Bangsa lain takde beriya duk sibuk cari salah sesama mereka. Kita ni sesama islam yangg terpuji. Lupa asal usul kita sebab suka berselindung disebalik topengmu. 

Bersihkan hati. Jom saya dah mengantuk kejap lagi kita sama bangkit solat subuh. Sama-sama kita bersatu biar Islam kat Malaysia bersatu hati. Hati kena teguh. Jelaskan jati diri kita.

Assalammualaikum semua. Bukan Tugas kita tau nk hukum baik buruk, kalau nk ingatkan pun tak payah kalau setakat dalam instgram. Nampak sangat kamu tu berlagak pandai padahal orang yang bijak ketawakan kamu.

Orang bijak pandai duduk senyap-senyap perbaiki diri, jaga aurat keluarganya, tanamkan sifat kasih sayang.

Saya Tasha Shilla tetap jujur menjadi diri saya. Biar tak tutup aurat dikepala tapi saya menjaga aurat hati lidah mulut saya. Jangan sebab hal aurat yakinlah semua manusia nak kearah kebaikkan. Bagi semangat pada mereka. Ni kecoh sedunia padahal banyak hal lain kita amik kira.

Sebab itu jangan cuba menilai, bukan tugas kita. Saya gembira dapat juga saya berdakwah bersama. Lepas subuh saya akan padam semua kata azimat ini. Orang yang ada ilmu tak suka menunjuk sebab dia takut dengan sang peciptanya akan sikap terlebih padai. Yang dekat tak nak dijaga. Saya pun sibukkan perbaiki diri.

Tasha Shila ada memuatnaik gambar orang yang selalu mengkritiknya namun telah memadam gambar tersebut.

Siapa Ada Handphone (LIHAT SINI)

0 comments:

Post a Comment