06:24 0

Black Buat Laporan Polis Terhadap Pelajar Yang Kutuk Anaknya


Black Buat Laporan Polis Terhadap Pelajar Yang Kutuk Anaknya



Black akan membuat laporan polis terhadap seorang pelajar sebuah universiti yang menghina dan mengutuk anaknya.


Black lantang berkata tindakan itu terpaksa dibuat agar peminat tidak senang-senang melemparkan kata-kata kutukan serta hinaan di laman instagram miliknya dan juga artis lain.

Black menambah perkara itu akan dibawa ke mahkamah selepas mendapat nasihat dari peguam.

Ini komen Black: (BHarian)

"Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

"Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen,"

Sebelum ini, Black ada menyuarakan kemarahannya di Melodi (LIHAT SINI) setelah seorang pengguna laman sosial menghina anaknya. Namun Black pula dihentam kerana luahannya agak kasar bunyinya.

Ini komen Black:

"Saya dikritik masyarakat sehingga menyebabkan fikiran saya terganggu. Saya juga terlepas sebuah tawaran gara-gara komen yang kedengaran agak kasar itu. Jadi, saya ingin mencari individu berkenaan sampai dapat dan meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka,"


0 comments:

Post a Comment