19:34 0

Hanez Suraya Kini Terus Bertudung Selepas Pulang Umrah

Hanez Suraya Kini Terus Bertudung Selepas Pulang Umrah



Hanez Suraya abru pulang dari mekah setelah mengerjakan umrah bersama suaminya, Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah.


Setelah pulang dari umrah, Hanez Suraya dilihat terus bertudung. Ini komen Hanez Suraya

Perasaan Kuat Untuk Bertudung:

"Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini. Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet.

"Cuaca di sana kalau musim panas sama macam Malaysia, jadi bukan alasan untuk saya tidak melakukan yang sama jika sudah berada di Malaysia.

"Semuanya berbalik kepada soal hati. Sesekali timbul perasaan apakah jiwa saya akan kuat untuk berimej sebegini dengan kerja seni yang saya ceburi?

"Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan. Di sana pun doa yang baik sentiasa dimakbulkan dan begitu juga dengan ketetapan hati saya untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jalan sudah ada, sama ada saya nak teruskan atau tidak," kata Hanez.

Bertudung Terus Atau Tidak

"Saya tak berani nak cakap. Lagipun saya baharu saja pulang mengerjakan umrah. Untuk menghormati ibadat yang saya lakukan, saya masih membiasakan bertudung seperti di sana.

"Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak.

"Biar saya perlahan-perlahan mengikut 'rentak' baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung. Cuma Saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu... nampaklah," katanya.

Pengalaman Buat Umrah

 "Saya melalui pengalaman yang indah di sana. Saya sudah nekad, andai visa sudah diluluskan memang saya nak pergi beribadat. Saya mahu memperbaiki dan memperbaharui diri. Kalau ada rezeki lagi, memang saya nak pergi lagi. Kalau boleh setiap tahun saya nak ke sana lagi,"

Doa ketika Di Mekah

"Saya berharap jodoh perkahwinan ini akan kekal hingga ke jannah. Semoga dikurniakan zuriat yang sihat dan cantik tubuh badan. Saya juga turut berdoa di tempat yang dikatakan mustajab doanya seperti di Hijr Ismail," katanya.

0 comments:

Post a Comment