19:15 0

Hans Isaac Sedang Hangat Dilamun Cinta

Hans Isaac Sedang Hangat Dilamun Cinta


Pelakon dan produser kacak, Hans Isaac kini sedang dilamun cinta. Hans Isaac akui sedang bercinta dengan seorang wanita namun tidak mahu mendedahkan siapa wanita tersebut buat masa kini.

~Siapa Suka Shopping Online (KLIK SINI)

Ini komen Hans Isaac: (murai)

“Saya sudah berpunya cuma kali ini, saya ambil pendirian untuk merahsiakan siapakah wanita itu. Sebelum ini saya lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta tapi penyudahnya tidak mengembirakan.

“Jadi saya mohon bagilah ruang untuk saya dan si dia mengenali antara satu sama lain. Saya lebih selesa untuk merahsiakannya,” 

Hans Isaac juga ada mengulas bagaimana hubungannya dengan Neelofa setelah mereka berdua putus cinta tidak lama dulu.

Hans Isaac dan Neelofa telah disatukan di rancangan Meletop baru-baru ini. Ada pihak mengatakan Hans sering mengelak untuk melihat wajah Neelofa. Ini komen Hans:

“Sebenarnya saya dan Lofa tiada apa-apa masalah pun, saya berusaha mengawal pandangan mata dengan Lofa kerana tak mahu tergelak secara spontan, sebelum ini pun saya ada jumpa dia jadi tak mahulah ‘moments’ tersebut terbawa-bawa ke set.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya dan Lofa tiada apa-apa isu berbangkit. Kami berkawan biasa kerana industri kita ini kecil sahaja, pusing-pusing pun akan ketemu jua, jadi bersikaplah positif untuk segala hal,”

0 comments:

Post a Comment