18:57 0

Jawapan Neelofa Tidak Bersalam Dengan Lelaki Tapi Salam Micheal Ang


Jawapan Neelofa Tidak Bersalam Dengan Lelaki Tapi Salam Micheal Ang



Ramai memuji reaksi Neelofa yang tidak bersalam dengan seorang lelaki yang menghulurkan tangan setelah menang. Sememangnya orang ramai yang suka dengan reaksi Neelofa tersebut yang menjaga adab dan larangan Islam.

Jom Rawat Dan Hilangkan PARUT 
-Parut Luka -Parut Jerawat -Parut Lepas Bersalin
-Parut Selulit -Parut Chiken Pox
Jom Ketahui Cara Hilang PARUT (KLIK SINI)

Ada yang tak suka sebelum ini, terus suka dengan Neelofa, itulah penangan menjaga adab.

Ini komen dari Neelofa (Metro)

Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum.

Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula.

Malah, apabila ia mula kecoh diperkatakan di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu.

Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah Meletop tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC (Mizal) mengundang kritikan ramai.

Bermula dari kejadian itu saya cuba jaga adab dan hukum itu. 

Namun ada juga pihak yang sibuk mempersoalkan tindakan Neelofa bersalaman pula dengan pengarah telefilem popular Michael Ang. Sebenarnya Neelofa tidak sengaja dan akui terdapat kecuaian di pihaknya, maklumlah masih sedang dalam proses pembelajaran.

ini komen Neelofa tentang bersalam dengan Micheal Ang:

Tidak dinafikan kecuaian itu mungkin berlaku tapi saya berusaha untuk memperbaiki. Jadi pada malam itu saya sengaja tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram ketika diumumkan menang.

Terbaiklah jawapan Neelofa. Baca Juga Komen JOHAN Tentang Kontroversinya (DI SINI)

0 comments:

Post a Comment