07:02 0

Jawapan Rossa Apabila Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Afgan

Jawapan Rossa Apabila Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Afgan



2 penyanyi dari Indonesia iaitu Rossa dan juga Afgan kini dikatakan sedang asyik di lamun cinta. Apatah lagi kini mereka berdua amat rapat.

~Produk SAMSUNG Terbaru Yang Best ! Boleh Lawan iPhone? (KLIK SINI)

Ini komen dari Rossa apabila diajukan soalan ini: (BHarian)

"Apabila timbulnya cerita kami bercinta, saya rasa seperti kelakar juga kerana saya menganggap Afgan seperti adik saya kerana beliau jauh lebih muda daripada saya."  

"Kami sudah mula rapat sejak lima tahun lalu, namun mungkin tidak semua pihak mengetahui hal itu yang menyebabkan timbulnya gosip ini."  

"Mereka yang juga orang dalam industri seni juga sering kali berkunjung ke rumah saya untuk melepak dan mengadakan barbeku bersama-sama," 

"Saya pasti semua sedia maklum bahawa segolongan besar peminat Afgan terdiri daripada kaum wanita dan rata-rata mereka mengetahui kami sememangnya rapat dan tidak mempercayai kontroversi itu."  

"Jika saya kembali bercinta pun, saya menginginkan lelaki yang lebih berusia daripada saya. Antara ciri lain yang saya mahukan adalah lelaki itu perlu lebih bijak, berakhlak dan lebih berwibawa daripada diri saya," 

Rossa merupakan janda anak satu apabila telah berkahwin pada 2004 dan bercerai pada tahun 2009. Rossa kini berumur 36 tahun manakala Afgan berumur 25 tahun.


0 comments:

Post a Comment