21:00 0

Kisah Yana Samsudin Tolak Permintaan Suami Jadi Tumpuan

Yana Samsudin Tolak Permintaan Suami



Yana Samsudin kini telah mendirikan rumahtangga dengan Fadzil Zahari owner Prokuya Studios. Kini Yana Samsudin aktif menjadi pengacara daripada berlakon.

~ Nak Kereta 2nd Hand Murah? (JOM KLIK SINI)

Selain itu, Yana Samsudin juga akui terpaksa menolak permintaan suaminya yang mahu Yana Samsudin berkerja dengan Prokuya Studios sahaja.

Ini komen Yana Samsudin.

Bidang Pengacaraan

"Kalau nak ikutkan memang sekarang ini rezeki saya berpihak kepada pengacaraan dan hos. Tetapi ia bukan bermakna saya akan berhenti berlakon atau tidak menerima tawaran lakonan lagi.

"Sebaliknya selepas berkahwin ada beberapa komitmen diterima sebelum tawaran lakonan datang dan membuatkan saya memberi perhatian kepadanya terlebih dahulu,"

Permintaan Suami

"Memang sebelum ini saya sudah berada di bawah pengurusan syarikat suami, iaitu Prokuya Studios. Tetapi saya terpaksa menolak permintaan dia untuk bekerja bersama kerana saya seorang yang tidak reti duduk diam dan 'workaholic'.

"Kalau kerja dengan dia, mungkin hanya kerja-kerja tertentu saya lakukan,"

"Daripada mula kahwin sehingga hari ini, saya terikat dengan kerja. Dia tidak merungut sebaliknya faham komitmen kerja saya.

"Mungkin kerana datang dalam bidang sama membuatkan dia senang menerima gaya saya bekerja,"

Tolak Berlakon Drama Suami

"Buat masa sekarang saya memang tidak terlibat dengan drama atau telefilem di bawahnya.

"Saya selesa bekerja dengan orang lain daripada suami. Bukan kerana saya isterinya, saya boleh berlakon dalam mana-mana karya yang dihasilkannya,"

"Apa pun, untuk menerima sebarang tawaran kerja, saya akan rujuk dan bertanya kepadanya terlebih dahulu,"


Bagi Yana, dia bimbang jika penglibatan mereka dalam bidang bidang kerja memberikan kesan kurang baik kepada rumah tangga. mana tahu boleh gaduhkan.

Yana Samsudin juga kini sibu dan tidak sempat bercuti panjang dengan suami.

0 comments:

Post a Comment