07:39 0

Menantu Hidang Air Teh Campur Air Kencing Kepada Mertua Selama Setahun


Menantu Hidang Air Teh Campur Air Kencing Kepada Mertua Selama Setahun


Satu kejadian menggelikan dan meloyakan tekak telah berlaku di India.

Seorang menantu wanita telah menghidangkan air teh bercampur dengan air kencing kepada ibu bapa mertuanya selama setahun dan akhirnya baru-baru ini perbuatannya itu kantoi juga.

Baca Juga: Wanita Gelar Faizal Tahir DUNGU (BACA SINI)

Perbuatan itu kantoi dan terbongkar apabila ibu mertuanya terlihat sendiri bagaimana menantunya bernama Rekha sedang kencing ke dalam teko air teh. Pergh memang loya tekak.

Menantunya yang berumur 30 tahun itu memberi air kencing kerana membalas dendam terhadap ibu bapa mertuanya kerana melarang anak merak iaitu suami Rekha untuk membantunya membuat kerja rumah.

Perkahwinan Rekha 30 tahun dan Deepak 34 tahun sebenarnya hasil kahwin atur oleh keluarga dan Rekha pernah cuba meninggalkan suaminya namun demi anak mereka, Rekha membatalkan hasratnya.

Ini komen rakan Rekha bernama Alia:

“Rekha tidak gembira dengan perkahwinan itu dan mendakwa suaminya melayannya seperti seorang hamba.

“Dia pernah keluar dari rumah itu tetapi kembali ke situ selepas dirayu oleh suaminya. Mereka juga membuat perjanjian bahawa Deepak perlu membantu Rekha melakukan kerja rumah termasuk memasak, membasuh dan mengurut kakinya,’’ 

Namun ibu dan bapa mertua Rekha tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut dan membantah menyebabkan Rekha membalas dendam dengan air teh "kencing".

Rekha ditangkap dan dibawa ke balai polis namun polis tidak mengambil tindakan apa-apa. Ibu bapanya bagaimanapun mengupah seorang peguam untuk mendakwa Rekha.

Yang terkini dikhabarkan.Rekha dan suaminya telah keluar dari rumah berkenaan.

Sumber:  MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment