20:07 0

"Monopod Ni, Moyang Engkau Yang Punya Ke" - Azwan Ali

"Monopod Ni, Moyang Engkau Yang Punya Ke" - Azwan Ali



Azwan Ali kini muncul dalam program "LARI" yang disiarkan di TV9. Lari dikritik kerana didakwa meniru rancangan Runningman yang amat popolar di Korea.


Azwan Ali juga dikritik kerana sering membawa monopod namun dia tidak ambil kisah apa pandangan ‘haters’ terhadap kehadirannya.

Ini komen Azwan Ali:

“Jawapan kepada semua haters yang meluat tengok Azwan Ali di dalam ‘Lari’, why bother, why bother, why bother? Sebelum aku cepuk muka engkau dengan monopod aku ni. Ada yang kata bawa monopod ni rimaslah…,”

“Hey, monopod ni moyang engkau yang punya ke? Ini monopod aku, aku yang beli. Kalau aku minta duit moyang engkau bolehlah engkau nak meroyan, memekak!”

“Walaupun dalam proses shooting ‘Lari’, diorang dah mula tahu dan menjadi viral, kononnya ‘Lari’ ini tiru ‘Running Man’. Kepada yang mendakwa ‘Lari’ ciplak ‘Running Man’, sebenarnya bukan ‘Running Man’ tapi ‘Running Mak Engkau’,” kata Azwan mengenai isu meniru rancangan ‘Running Man’.

Ini pula komen Azwan Ali tentang program lari ini yang didakwa meniru program Runningman.

“Kalau tiru, dah lama kena saman. Dah lama TV9 kena seret ke Korea, kena gari, kan? Sebenarnya tak sama. Aku boleh cabar engkau, kita punya ‘Lari’ berbeza. Yang penting ‘Lari’ adalah tersendiri, eksklusif, penuh humor, mengasyikkan, mencemaskan dan mendebarkan. Saya tengok, saya tabik because I love the editing.”

sumber: Tonton

0 comments:

Post a Comment