19:00 0

Norman Hakim Umum Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Anak Kedua

Norman Hakim Umum Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Anak Kedua



Norman Hakim mengumumkan isterinya, Memey Suhaiza selamat melahirkan baby boy pada 8 April pada jam 9.57 malam dengan berat 3.45 kilogram.

Tahniah diucapkan kepada Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza.

Ini gambar dan caption dari Norman:


Serupa tapi tak sama..dua situasi yang berbeza.Gambar kanan; Momen sebelum kelahiran dalam labour room.Ajak selfie tapi baru perasan kantoi muka cuak.Gambar kiri; Momen selepas kelahiran,keluar dari labour room ,nampak muka relief kat situ.TAPI wifey memey suhaiza ,sebelum ke..selepas ke..muka maintain tetap sama.

Maha Kuasa Allah dicipta 'suatu kekuatan' yang sangat hebat buat kaum HAWA dalam situasi yang kaum ADAM tak pernah dapat rasa dan bayangkan! Seminggu sebelum tarikh 8/4/15,sayalah manusia yang paling tak keruan! Tidur malam tak lena asyik tersentak, mengadap muka dan perut isteri sepanjang malam risau bila la nak bersalin ni..sekarang ke?pagi nanti ke? TAPI wifey tetap relax.Bila dia terjaga dia tanya saya "kenapa payang"?Skrip jawapan saya tetap sama "dah sampai masa ke love?"

Allahuakbar Allah sahaja yang tahu rasanya,sehinggalah ke malam tadi barulah saya dapat tidur dengan lena..sangat nyenyak dan selena-lenanya.Tq Allah atas ujian rasa dan nikmat ini. Buat wifey memey suhaiza, abg antara saksi 'perjuangan' yang sangat hebat dan getir malam tadi.

Dalam hati abg hanya ni skrip yang abang termampu masa sayang tengah berjuang tu.

"Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah.Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah.Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia.Tolong aku Ya Allah"...dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat...Aamiin YRA.

Terima kasih Allah,terima kasih para malaikat,terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.Terima kasih...

Itulah ucapan panjang lebar dari Norman Hakim yang menghargai isterinya Memey Suhaiza dalam kesusahan bertarung nyawa melahirkan anak mereka. Tahniah diucapkan!

0 comments:

Post a Comment