17:27 1

Pendedahan Khas: Zizan Razak Umum Bakal Nikah Jun Ini

Pendedahan Khas: Zizan Razak Umum Bakal Nikah Jun Ini


Kepada Pengguna Phone
TAK BOLEH BACA?
>Baca Sini<

Akhirnya satu pendedahan yang dinanti ramai telah tiba. Zizan Razak mengumumkan dirinya kan berkahwin selewatnya pada bulan Jun tahun ini.

~Cara Hilangkan Parut (KLIK SINI)

Bakal isterinya merupakan gadis satu negeri dengannya iaitu dari Terengganu. Gadis ini baru sahaja dikenali Zizan Razak 2 bulan yang lalu.

Ini komen penuh Zizan Razak: (BHarian)

Ya, saya akan berkahwin. Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya biarlah rahsia dulu.

Kami bertemu 2 bulan yang lalu dalam sebuah acara yang saya hadiri di Kuala Terengganu. Mula-mula kami kawan sahaja tapi lama kelamaan hati saya terpaut kepadanya.

Selepas beberapa hari bertemu saya terus bawa dia bertemu ibu bapa. Saya tanya ibu dia kata okay, tanya abah, dia berkenan sangat. Jadi saya rasa tiada apa yang harus saya tunggu lagi.

Apabila ibu bapa beri lampu hijau, saya minta mereka melamar si dia, insyaAllah saya akan pulang ke kampung untuk urusan merisik dan meminang.

Saya tidak mahu tunggu lama-lama, cukuplah dulu bercinta lama-lama tapi kesudahannya amat menyedihkan.  Saya merancang berkahwin selewatnya bulan Jun, hanya ada 2 bulan untuk urusan persediaan perkahwinan.

InsyaAllah sekiranya urusan merisik telah selesai dalam satu dua minggu ini, saya akan berkongsi siapa pilihan hati saya.

Si dia tak pelu bersolek tebal, dia sudah nampak cantik, senyumannya manis cukup buat hati saya jatuh cinta padanya. paling penting dia hormati ibu bapa saya.

Saya bukan muda lagi, sudah berumur 31 tahun, sudah masanya saya berkahwin dan mempunyai anak. Saya bukan mahu melarikan diri dari kontroversi tetapi berkahwin mungkin dapat elakkan fitnah yang bukan-bukan.

Lagipun ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan main dengan cucu

Tahniah kepada Zizan Razak dan pasangan di atas perkahwinan yang bakal berlangsung. tak sabar nak tengok wajah bakal isteri Zizan Razak ini.

~Cara Hilangkan Parut (KLIK SINI)

1 comments:

  1. Alhamdulillah... semoga segala urusan dipermudahkn 😊

    ReplyDelete