22:19 0

Penyanyi Mamat Exist Dipenjara

Penyanyi Mamat Exist Dipenjara 


Mamat yang merupakan bekas vokalis Exist baru-baru ini ditangkap kerana kes bahan terlarang.

Hari ini, Mamat didenda RM4,500 atau penjara 8 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan bahan terlarang ke dalam badannya, dua tahun lalu (2013).

Majistret turut memerintahkan Mamat yang kini berusia 37 tahun diletakkan di bawah pengawasan Balai Polis Tampoi selama dua tahun.

Mamat yang baru memenangi tempat ketiga di Gegar Vaganva dilihat memakai baju ungu milik lokap beserta topeng muka. Mamat gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong untuk menjalani hukuman.

Untuk kes terbaru, Mamat masih menunggu hukuman dan dijangka seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


0 comments:

Post a Comment