03:00 0

Ramai Artis Lain Tiada Ikatan Sah, Berpelukan Dan Laga Pipi - Ozlynn


Ramai Artis Lain Tiada Ikatan Sah, Berpelukan Dan Laga Pipi - Ozlynn


Ozlynn Wati merupakan isteri kepada Johan Raja Lawak. Namanya terpalit dengan kontroversi bercumbu dengan suaminya di khalayak ramai.


Bagi Ozlynn itu merupakan rutin biasa bagi dia dan suaminya malah anak-anak juga.

Ozlynn juga tertanya-tanya kenapa artis lain yang tiada ikatan sah berpeluk dan laga pipi tetapi tidak menjadi isu.

Ini komen penuh Ozlynn: (MalaysianDigest)

"Itu rutin biasa kami. Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja.

"Malah, amalan itu juga diamalkan terhadap anak-anak. Di rumah, misalnya kalau saya sedang lipat baju, Johan panggil saya dan dia nak saya cium dia.

"Malah anak saya yang sudah berusia 10 tahun, kalau dia mahu keluar rumah selepas dia minta izin dan dia akan cium papanya dulu," 

"Saya rasa pada malam itu ramai lagi artis lain yang tiada ikatan sah, berpelukan dan berlaga pipi, kenapa tidak menjadi isu? Itu semua terpulang pada mentaliti masing-masing.

"Apa yang kami buat itu bukannya menghairahkan pun. Ia sekejap saja hanya satu dua saat.

"Saya bangga sebab itu perkara pertama yang terlintas di fikiran suami saya dan saya dapat sama-sama merasai kemenangan dia,"


0 comments:

Post a Comment