20:30 0

Rita Rudaini Alami Tekanan Perasaan Dan Penderitaan Batin

Rita Rudaini Alami Tekanan Perasaan Dan Penderitaan Batin



Rita Rudaini akui tindakan Aidil Zafuan menceraikannya melalaui SMS menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan dan menanggung penderitaan batin.


Tambah Rita Rudaini lagi, kisahnya bercerai mendapat liputan meluas menyebabkan dia terpaksa menanggung aib. Selain itu, perkembangan kisah cerainya itu turut menjejaskan kehidupan sehariannya dan kerjaya seni.

Ini komen Rita Rudaini: (Kosmo)

“Saya malu dengan masyarakat sehingga takut untuk keluar rumah. Saya juga mengalami tekanan perasaan kerana ditinggalkan seorang diri bersama dua anak yang masih kecil.

“Namun semangat untuk mempertahankan hak anak-anak saya menguatkan diri dengan mengatasi gangguan emosi tersebut,”

Itu merupakan kata-kata Rita Rudaini ketika memberi kenyataan untuk kes tuntutan mutaah RM300,000 di Mahkamah Tinggi Syariah.


0 comments:

Post a Comment