23:21 0

Sambut Birthday Seronok Sakan, Teguk Minuman Keras


Sambut Birthday Seronok Sakan, Teguk Minuman Keras



Satu video lama kembali menjadi viral dan mendapat reaksi yang negatif dari orang ramai. Sehinggakan video tersebut mendapat liputan media dan akhbar tempatan.


Metro Harian melaporkan rakaman video menunjukkan 7 orang gadis meraikan sambutan hari lahir seorang daripada mereka sambil meminum minuman keras tersebar luas di laman sosial.

Video durasi 2 minit itu menunjukkan kumpulan gadis itu bergembira meminum minuman keras sambil bercakap dan berborak.

Rakaman itu dipercayai berlaku 10 tahun yang lalu pada tahun 2005.

Dalam video itu, semua wanita berkenaan meneguk air haram itu tanpa sebarang rasa malu dan segan sambil perbuatan mereka itu dirakam seorang daripada mereka.

Video berjudul "awek ganu mabuk" dari youtube itu juga sempat merakamkan jenama minuman keras yang diteguk gadis-gadis berkenaan.

Laporan - Metro


0 comments:

Post a Comment