20:02 0

Tauke Mengamuk Dituduh Pelawak Yang Hantar Mesej Tak Senonoh


Tauke Mengamuk Dituduh Pelawak Yang Hantar Mesej Tak Senonoh



Pelawak Tauke mengamuk setelah dituduh merupakan pelawak yang melakukan perkara tidak senonoh.


Sebelum ini ada beberapa gadis mendedahkan bukti-bukti seorang pelaawk popular yang miang dan gatal sering mengahantar mesej tak senonoh (baca sini) dan (baca sini juga).

Ekorang pendedahan itu, nama Tauke Raja Lawak yang dipetik.

Ini menyebabkan Tauke berang kerana bukan dia yang buat semua itu.

Ini komennya:

“Dosa kita yang lepas menghantui kita sekarang. Maksud saya bukanlah dosa maknanya kenakalan kita yang lepas menjadikan kita sekarang....

“Perkara itu dah berlalu tapi apabila ada lagi benda-benda begini, orang akan menuding jari pada saya sedangkan ramai lagi pelawak di negara kita...

“Ramai lagi yang nakal tapi apabila ada kes membabitkan pelawak, orang akan kata Taukelah orangnya,” 

“Contohnya dalam rumah kita sendiri. Dulu seorang adik kita dituduh mencuri. Bila hilang saja duit, dia pasti akan dituduh padahal orang lain yang buat....

“Walaupun orang luar datang mencuri tapi inilah persepsi. Kalau bolehlah saya minta masyarakat jangan cepat buat andaian tanpa membaca sesuatu berita sampai habis....

“Dapatkan cerita sebenar dan jangan tuduh Tauke yang salah, kena baca dan fahami betul-betul. Memang bukan saya yang buat,” 

“Apabila berlaku spekulasi begini, kita nak marah siapa? Sebabnya yang mencetuskan spekulasi itu ialah orang ramai yang memberi komen.....

“Takkanlah saya nak saman peminat semua? Mereka ada hak nak menaip. Mereka ada upaya untuk buat kerja begitu...

“Bagaimanapun satu perkara yang saya nak tegur ialah pemikiran dan yang kedua jauhilah fitnah,”

Itulah komen dari Tauke. Apa nak buat, sebelum inikan Tauke banyak kontroversi dengan perempuan, tu yang orang buat spekulasi. Kesian Tauke, kerana lembu, sapi yang dapat nama.

0 comments:

Post a Comment