20:37 0

Tuduhan Tasha Shila Melampau, Fitnah Tak Masuk Akal - Kaka Azraff


Tuduhan Tasha Shila Melampau, Fitnah Tak Masuk Akal - Kaka Azraff



Kaka Azraff melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Tasha Shila tentang isu perpisahan pelakon itu dengan kekasihnya Hans.

IKLAN: AZANIS SCAR SERUM, UBAT HILANGKAN PARUT

Dulu nampaknya macam kes ni dah selesai, tapi ada pula kenyataan baru dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Ini komen Kaka Azraff: (mStar)

"Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja.

"Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia.

"Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan," 

"Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.

"Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan," 

Sebelum ini Tasha Shila menuduh Kaka sering mesej Hans untuk keluar bersama sekaligus menjadi punca keretakan hubungan cintanya.


0 comments:

Post a Comment