04:53 0

Tun Mahathir Tak Faham GST - Ahmad Maslan


Tun M Tak Faham GST - Ahmad Maslan 



Ahmad Maslan mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum faham maksud cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.


Sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan berkata, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

Ini komen Ahmad Maslan: (Astro Awani)

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?," 

Namun Ahmad Maslan tidak akan berjumpa dengan Tun Mahathir untuk menerangkan hal GST ini.

Ini komennya:

"Rasanya tidak payahlah, dia boleh faham sendiri dan mungkin memperincikan cukai baharu ni yang lebih memberi manfaat kepada semua.

"Saya rasa mungkin orang-orang di sekelilingnya boleh memberi penerangan tepat dan tidak terlalu terpengaruh dengan pembangkang yang menyebarkan berita palsu tentang kesan negatif terhadap pelaksanaan GST."

sumber: Astro Awani

0 comments:

Post a Comment