05:49 0

16 Rahsia Dan Perkara Yang Tidak Diketahui Orang Ramai Tentang Doraemon

16 Rahsia Dan Perkara Yang Tidak Diketahui Orang Ramai Tentang Doraemon



Doraemon merupakan kartun legenda yang menjadi peneman dan membantu watak Nobita. Doraemon sememangnya amat popular di serata dunia sebagai kartun yang ever green.


Ini 16 fun facts tentang Doraemon:

1. Apa Maksud Doraemon?
~Nama Doraemon merupakan gabungan perkataan Dora dan Emon.
Dora  = kucing jalanan yang liar.
Emon = kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun.
Maksud Doraemon adalah kucing jantan liar.

2. Tarikh Lahir Doraemon?
~Doraemon dilahirkan atau lebih tepat dihasilkan di kilang pada 3 September 2112.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
~Yes! Doraemon mempunyai kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama sebenar Doraemon yang dipanggil oleh pemilik kilang robot.

4. Apa Warna Asal Doraemon?
~Warna cat asal Doraemon adalah kuning.

5. Bagaimana Jadi Warna Biru?
~Doraemon terlalu stress dan telah minum elixir "kesedihan" menyebabkan warna kuning bertukar menjadi luntir dan menjadi biru.

6. Kenapa Stress dan Sedih?
~Ini kerana telinga doraemon dimakan oleh tikus.

7. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
~Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Pintu Ajaib, Alat Terbang dan Time Machine.

8. Nombor bertuah Doraemon?
~Nombor yang ajaib buat Doraemon ialah 1293.
Berat: 129.3 kg
Tinggi: 129.3 cm
Kelajuan: 129.3km/jam (ketika dalam ketakutan disunat)
Lompat setinggi 129.3cm (ketika diancam bahaya)
Diameter pergelangan tangan:  129.3mm
Diameter kaki: 129.3mm
Dicipta pada 3/9/2112.

9. Di mana butang On/Off Doraemon?
~Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

10. Doraemon ada adik?
~Yes, adik perempuan bernama Dorami

11. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
~Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

12. Siapa lagi kuat?
~Dorami lagi kuat dari Doraemon.
Dorami 10 000 kuasa kuda
Doraemon 129.3 kuasa kuda

13. Sekolah Doraemon?
~Pernah, di Sekolah Robot.

14. Prestasi Doraemon di Sekolah?
~Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

15. Siapa Kekasih Doraemon?
~Doraemon mempunyai kekasih bernama Noramyako tetapi telah berpisah.

16. Apa punca perpisahan mereka?
~Ini kerana telinga Doraemon telah tiada akibat dimakan tikus

warna asal doraemon, kuning
bekas kekasih doraemon

adik doraemon

0 comments:

Post a Comment